Powered by Blogger.

Thursday, November 13, 2014

Berikut kita rumuskan empat madzhab mengenai hukum mencukur janggut (bagi mereka yang ada hormon dan berupaya menyimpan rambut pada dagunya):

Hanbali & Maliki: haram hukum mencukur janggut;

Hanafi: Makruh Tahrim
Syafi'iy: Makruh (Qadhi 'Iyadh (fuqaha' Syafi'iy) berpendapat makruh dalam madzhab Syafi'iy ialah tidak dikenakan sebarang hukuman atau celaan).
(Lihat: Prof Dr Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 1; Prof Dr Abd Karim Z, al Mufassal)
alQardhawi (Fatawa Mu'asirat; `Awaamil as Sa'at wal Murunah fi asSyari'at alIslamiyah; Bagaimana kita berinteraksi dengan asSunnah; Fiqh al Awlawiyat) berpendapat Kesunnahan menyimpan janggut ini termasuk sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan ummat dan rupadiri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia); sunnah ini ditekan oleh Nabi ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan); yang menjadi masalah sekarang ialah umat Islam kini mereka hanya nampak hanya sunnah yang kamaliat dan meninggalkan sunnah-sunnah yang asas dan bersifat wajib dilaksanakan terlebih dahulu untuk membina sebuah umat yang kuat dan berwibawa. Sunnah sejenis dengan menyimpan dan menjaga janggut-misai termasuklahlah dlm urusan memilih jenis pakaian, warna pakaian, tutup kepala, sunnah alfitrah (sikat rambut, potong kuku, mencukur bulu kemaluan, cara makan-minum, adab ke tandas, dsbnya)
Syaikh Mahmud Syaltut (Fatwa Syaltut) mengklaskan sunnah sebagai sunnah bersifat tasyri'at (perundangan) dan sunnah yang bersifat bukan tasyri' (bukan perundangan atau peraturan); maka soal menyimpan atau mencukur janggut bukanlah sunnah yang bersifat peraturan atau perundangan yang wajib dilaksanakan.
alQardhawi (Awamil as Sa'at) menjelaskan lagi, apa yang difatwakan di zaman silam tidak semestinya kekal begitu selama-lamanya bila berlaku perubahan pada zaman dan tempat. Percanggahan pendapat ulama' dalam persoalan janggut banyak ditentukan oleh faktur ulama' itu sendiri, masa dan tempat. Misalnya RasuluLlah saw dan Abu Bakar memberi zakat kepada mu'allaf (saudara baru), bila tiba zaman Umar alKhattab, beliau memansuhkan atas alasan umat Islam telah kuat dan menjadi kuasa dunia, maka tidak perlu diberi wang zakat kepada mu'allaf kerana illat (tujuan) pemberian pada asalnya ialah untuk menjinakkan hati saudara baru. Fuqaha' juga sentiasa berselisih pendapat dalm maksud hadis-hadis ; apakah ia bermaksud perintah dari Nabi saw atau hanya nasihat atau petunjuk sahaja.

Misalnya dalam isu apakah suami boleh berasmara dengan isterinya disiang hari di bulan Ramadhan? Nabi saw memberi banyak version; ada hadis yang melarang, ada hadis yang Nabi saw tidak melarang seseorang mencumbui isteri di siang hari bulan Ramadhan. Begitu juga hadis-hadis mengenai penentuan Ramadhan, hadis-hadisnya boleh ditakwil sebagai wajib secara hilal, dan ada ulama yang berpendapat zaman telah berubah, penentuan secara falak lebih tepat daripada hilal. Maka janggut termasuk dalamisu-isu yang boleh berubah disebabkan oleh faktur ia bukan tasyri', faktur ulama', faktur zaman, uruf, dan tempat atau bangsa itu (misalnya penganut Islam berbangsa Cina, Jepun dan Melayu yang kurang bulu di mukanya).

Kesimpulan: Buat masa ini di mana Islam dan umatnya sedang tenat dan gawat dengan pelbagai masalah yang kronik, Soal mencukur janggut tidak dapat lagi dikaitkan dengan dosa-pahala; perbahasan dosa-pahala hanya releven bila sunnah-sunnah yang bersifat wajib telah berjaya ditegakkan oleh umat Islam dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Bahkan Umar alKhattab ra biasa melakukan sesuatu yang lebih dahsyat dari ini, ketika berlakunya tahun kelaparan dan kemarau yang dikenali tahun Ramadah, Umar telah menangguhkan pungutan zakat ternakan dan tanaman; Umar juga telah menangguhkan hukum hudud pemotongan tangan bagi yang mencuri di tahun ramadah. Ini suatu yang lebih besar dari urusan mencukur dan menyimpan janggut. oleh itu janganlah kita terlalu memikirkan urusan umat Islam yang mencukur janggut mereka buat masa ini; kita menghadapi isu-isu mega yang lebih utama untuk dilaksanakan sebelum berdepan dengan isu janggut dan misai. Namun, mereka yang ingin melaksanakan sunnah menjaga janggut dan mengandam misai adalah terpuji pada syara'. Ini tidak ada khilaf lagi.--minta komen

HUKUM MENCUKUR DAN MENYIMPAN JANGGUT

Posted by Unknown  |  No comments

11:24 PM Share:

Wednesday, November 12, 2014

Seorang sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ” Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.
Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut : 
1. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan
2. Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu mara yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak
3. Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak
4. Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.
5. Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….
6. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka
7. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.
8. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini
-Abdullah Naseh al-Ulwan, Tarbiah al-Aulad, juzu’ 2, cet. ke-30 1996, Dar al-Fikr, Lubnan

Merotan Cara Islamik

10:49 PM Share:

Tuesday, November 11, 2014

 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
 
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
 
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
 
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam- Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)

Posted by Unknown  |  1 comment

11:51 PM Share:

Surah ini diturunkan di Mekah. Dari gaya lenggok bahasa yang digunakan, ulama mengatakan surah ini diturunkan di awal-awal zaman Mekah. Beza bahasa yang digunakan semasa awal Mekah dan hujung Mekah. Sebagai contoh, surah Yaasin diturunkan di hujung-hujung waktu baginda di Mekah. Dengan kita tahu bilakah masa ianya diturunkan, kita boleh faham kenapa Allah menggunakan bahasa yang sebegitu. Bahasa dalam surah al-Mulk ini dikatakan diturunkan di awal Mekah kerana ianya banyak mengandungi ayat-ayat peringatan kepada manusia. Ayat-ayat itu sebagai satu wake-up-call kepada manusia yang tidur. Yang berada dalam kesesatan, dalam kemusyrikan. Allah memberi peringatan tentang apakah yang akan terjadi kepada mereka yang tidak mengamalkan tauhid dalam kehidupan mereka.
Surah ini menceritakan tentang Allah. Dengan ayat ini, kita berdakwah kepada manusia dengan memperkenalkan Allah kepada mereka. Ianya menceritakan tentang kehebatan Allah. Ia juga tentang alam. Allah suruh kita lihat alam ini supaya kita ingat kepada kekuasaan Allah.
Ia juga menceritakan bahawa yang mempunyai berkat hanya Allah taala. Maka, hanya Allah sahaja yang boleh memberi berkat. Manusia tidak boleh beri berkat kepada manusia lain. Makhluk hanyalah *penerima berkat*. Nabi Muhammad penerima berkat, begitu juga kita. Majlis ilmu seperti kelas tafsir adalah majlis yang ‘diberkati’. Sesiapa yang berada dalam majlis itu akan mendapat ‘berkat’. Apakah maksudnya ada berkat? Maksudnya, kita akan mudah untuk dapat ilmu dan doa akan mudah dimakbulkan. Syirik dalam hal berkat ini adalah apabila meminta berkat dari tok guru. Atau dengan Nabi sekali pun. Atau dengan kubur-kubur. Itu semua adalah contoh-contoh syirik.
Sesiapa yang membaca surah ini waktu Maghrib setiap hari, surah ini akan menjadi jurucakap untuk kita menjawap Munkar Nankir dalam kubur nanti. Kena istiqamah untuk mengamalkannya. Syaratnya tidak boleh tinggal, hari-hari kena buat. Bukan wajib, tapi ianya adalah sesuatu yang baik. Dan kita mencari kebaikan dalam setiap perkara. Kita hendak mengindahkan agama kita. Maka, elok kalau kita mulakan dengan amalan yang sedikit, asalkan kita boleh istiqamah dalam melakukannya. Jangan kita terus buat perkara yang berat-berat, atau apabila nak buat amalan kebaikan, kita terus buat banyak-banyak. Apabila kita buat amalan yang terlalu banyak sampai kita tak mampu, akhirnya kita akan tinggalkan. Apabila kita istiqamah, kita akan pahala yang lagi tinggi kerana kita istiqamah. Semakin lama, pahala itu semakin meningkat. Apakah maksudnya? Katakanlah satu amalan sunat, kita dapat sepuluh pahala setiap kali kita buat. Ini anggaran sahaja, kita tidak tahu berapa banyak pahala Allah hendak beri. Tapi, apabila kita istiqamah, setiap kali kita buat amalan itu, Allah beri lebih lagi dari sepuluh – mungkin seratus, seribu atau sebanyak mana Allah hendak buat. Sekali lagi, ini adalah anggaran sahaja untuk kita faham apakah maksudnya bila dikatakan sesuatu amalan itu mendapat lebih banyak pahala kalau kita istiqamah.
Apabila kita istiqamah dalam satu-satu amalan, kalau kita tertinggal, maka kita kena qadha. Atau kalau kita memang ada hal lain, kita boleh tinggalkan dan ganti waktu lain. Tidaklah kita sampai terganggu hidup kita. Sebab ada orang yang mengamalkan zikir, sampai diajar tidak boleh tinggalkan. Sebab guru mereka ajar macam itu. Maka, mereka ada yang sampai tidak keluar rumah apabila orang datang, atau tidak pergi ke kelas agama sebab nak mengamalkan wirid yang selalunya bukan amalan sunnah pun. Akhirnya mereka yang rugi. Ahli sunnah pula, mereka akan istiqamah dalam amalan mereka, tapi kalau ada hal-hal lain yang lebih mendesak, Islam membenarkan kita menggantikannya di waktu yang lain. Islam itu mudah.

PENGENALAN SURAH AL-MULK

11:21 PM Share:
back to top